RSS

I love my Family. F.A.M.I.L.Y is one of the strongest words anyone can say, because the letters of FAMILY means Father And Mother I Love You!!! My family is my life, and everything else comes second as far as what's important to me.

CRITA CINTA



16hb 10 ni genaplah budak cinta ni empat tahun.  Perkembangan cinta sekarang ni, tak banyak makan macam abang dia.  Kalau nak makan, cinta yang akan tentukan sendiri menu makan, samada nak makan nasi, french fries or nugget or hot dog.  semuanya bergantung pada selera cinta.  So sebagai ibu, aku kena buat macam macam untuk tarik selera cinta makan.  




Masalah terbesar cinta sekarang ni ialah tak mo gi tadika, bagi cinta, gi tadika adalah sesuatu yang amat payah.  tak tahu kenapa ak suka gi sekolah, tapi pelbagai alasan lah dia bagi.  Bila aku tanya, cikgu garang ke, dia cakap cikgu best.  tanya pasal kawan-kawan, semua okey.






bila time nak gi sekolah, cinta akan bagi alasan sakit perutlah, nak muntahlah, pastu kalau kitaorang paksa cinta gi sekolah, sat nanti lam kul 8.15 pagi, auntie shikin akan hantar cinta balik dengan alasan, cinta demam.
so bila dah banyak kali cinta wat cam gitu, aku pun kesian kat shikin tu sebab asyik nak antar cinta balik aje, terus kami amik keputusan benti ajelah sebab paksa pun tak guna, macam macam alasan dia bagi, bukan pada kitaorang aje tapi pada auntie shikin gak.




so sekarang kerja cinta, tido makan tido, tido makan tido.....................................................................

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

AURA




lama gila tak update pasal budak kecik ni, ni anak bongsu aku...x leh tambah dah kot sebab asal aku cakap aku pregnant kat anak anak aku, semua dah cebik sebab x mo adik lagi, dah ramai katanyer, ramai, ni sikit lagi, kalau boleh biar 12 orang. baru lah umpppph.

okey, Syukur sangat sangat sebab aura membesar dengan sihat dan tiada masalah kesihatan.  sekarang ni si kecik ni ada 10 batang gigi, 4 kat atas, 4 kat bawah pastu dua kat belah hujung kiri n kanan.  Rambut kena simpan panjang cam akak akak nyer juga.  





Crita pasal toys lak, aura suka sangat pegang remote controls, phones, cameras dan segala menda yang dijumpa kat atas lantai.  Suka main kat bilik air ngan dapur.  main ngan sudu n garpu, kalau kat bilik air suka main air sampai abis lenjun.  baju tok sah cakaplah, sepuluh kali sehari duk tukar.  Pastu asal dengar music mesti nak menari, kalau time orang solat lak, dia pun sibuk duk tertonggeng ikut orang sujud.



Aura jugak paling suka mengamuk kalau kita tak amik dia.  kalau aura dah hulur tangan, pastu kita tak layan memang abislah dia mengamuk satu umah.  Gitu gak kalau kita cakap "NO NO" dia punya nangis memang kuat gila lah sebab dia ingat kita marah dia.




Aura paling suka makan bubur, tak kiralah bubur ayam or sayur.  Aura gak suka makan segala mak nenek jenis biskut, keropok,  kentang goreng,  


Aura pun dah boleh berjalan, rasanya tak silap aku aura mula pandai berjalan masa umur 10 bulan dan setakat ini "kelajuan berjalan kaki." memang terbaiklah.  dan paling menyeronokkan begitu bila dapat nengok aura dan adik beradik yang lain dah mula main sama sama. 

Bulan ini juga aura dah mula sikit sikit nak bercakap, tak sabar nak nunggu aura bercakap.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

TUKAR BLOG BARU

ooooooiii, blog lama dah katup, sekarang nih mula bukak blog baru.  kira macam dah pindah umah jadi semua kena baru.   crita pertama pada hari ni adalah berkisar tentang perselisihan faham dengan mak tiri aku aka mak tiri snow white n cinderella, cuma ni part moden jadi idokler aku kena kerah buat kerja bagai, tapi cuma perselisihan kata yang amat tajam bak pedang yang baru di asah.

Crita bermula setelah ayah aku meninggal dunia.   Ni macam crita drama gaklah sebab lepas majlis pengebumian aje, mak tiri aku terus keluarkan segala geran, buku bank bagai lah, kwsp yang berkaitan dengan harta peninggalan ayah aku.  Tujuananya adalah untuk ditukarkan kepada anak dia aka anak tiri ayah aku, bermakna x der kena mengena ngan aku sebab anak mak tiri aku. bukan anak ayah aku.

selama 45 hari aku memedam rasa, memendam marah, amarah yang amat sangat, sakit hati yang bebenor dan segalanya diluahkan semalam tanggal 7 Oktober 2013 dimana berlaku perselisihan mulut yang amat biso bonor sebab si bunga akak mak tiri aku melarikan segala harta benda dan keluar berpindah dari umah ayah aku dengan segala menda dibawaknyer kecuali fail kerja ayah aku aje yang ditinggalkan.

begitulah kisah mak tiri zaman sekarang ni yang membolot harta sedangkan belum lagi sampai 40 hari, ketika itu.  Tapi harta tu pun bukanlah banyak benor cuma terkejut dengan cara orang membolot harta sedangkan kubur suami masih merah.




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS