lama gila tak update pasal budak kecik ni, ni anak bongsu aku...x leh tambah dah kot sebab asal aku cakap aku pregnant kat anak anak aku, semua dah cebik sebab x mo adik lagi, dah ramai katanyer, ramai, ni sikit lagi, kalau boleh biar 12 orang. baru lah umpppph.
okey, Syukur sangat sangat sebab aura membesar dengan sihat dan tiada masalah kesihatan. sekarang ni si kecik ni ada 10 batang gigi, 4 kat atas, 4 kat bawah pastu dua kat belah hujung kiri n kanan. Rambut kena simpan panjang cam akak akak nyer juga.
Crita pasal toys lak, aura suka sangat pegang remote controls, phones, cameras dan segala menda yang dijumpa kat atas lantai. Suka main kat bilik air ngan dapur. main ngan sudu n garpu, kalau kat bilik air suka main air sampai abis lenjun. baju tok sah cakaplah, sepuluh kali sehari duk tukar. Pastu asal dengar music mesti nak menari, kalau time orang solat lak, dia pun sibuk duk tertonggeng ikut orang sujud.
Aura jugak paling suka mengamuk kalau kita tak amik dia. kalau aura dah hulur tangan, pastu kita tak layan memang abislah dia mengamuk satu umah. Gitu gak kalau kita cakap "NO NO" dia punya nangis memang kuat gila lah sebab dia ingat kita marah dia.
Aura paling suka makan bubur, tak kiralah bubur ayam or sayur. Aura gak suka makan segala mak nenek jenis biskut, keropok, kentang goreng,
Aura pun dah boleh berjalan, rasanya tak silap aku aura mula pandai berjalan masa umur 10 bulan dan setakat ini "kelajuan berjalan kaki." memang terbaiklah. dan paling menyeronokkan begitu bila dapat nengok aura dan adik beradik yang lain dah mula main sama sama.
Bulan ini juga aura dah mula sikit sikit nak bercakap, tak sabar nak nunggu aura bercakap.
0 comments:
Post a Comment