RSS

I love my Family. F.A.M.I.L.Y is one of the strongest words anyone can say, because the letters of FAMILY means Father And Mother I Love You!!! My family is my life, and everything else comes second as far as what's important to me.

PENCARIAN


sibuk mencari hadiah untuk abang n kasih.  Tapi yang paling excited of cozlah rizal sebab abang nak mainan, so apalagi, laju je cari mainan budak lelaki.


kasih cam biasa, sejak dari umur 3 tahun lagi, memang minat ngan buku sahaja. bahkan kat umah saya memang susah nak cari mainan budak perempuan sebab kasih cuma minat buku buku dan buku sahaja


tapi budak ni, lain macam sikit, hadiah cinta adalah jajan sahaja, lain pada tu, tak berminat lagi


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ALHAMDULILLAH

dah lama sangat rasanya saya tidak menaip dan langsung tak update blog, dah lama rasanya saya tak cerita pasal lima orang anak anak syurga saya tu.

saya memang tak cukup masa, seharian di tempat kerja dipenuhi dengan kerja-kerja yang agak banyak, jadi masa saya agak terbatas, saya cuma free bila time tunggu anak tuisyen je, time tu barulah saya free untuk belek facebook or insta.  tapi nak menulis blog, macam bukan masa yang sesuai lak.




Kasih ngan Cinta, sekarang ni musim untuk mengajar cinta untuk tidak tinggal solat, anak-anak dah mula belajar solat sejak pandai melihat orang di rumah solat, so sejak dari kecik agi, (saya kira budak umur setahun lain pun dah pandai mengikut) masing-masing akan ikut, tapi bila dah masuk umur 5 tahun, rizal dah mintak agar anak anak supaya jangan ada yang tinggal solat, kalau bolehlah kan, tapi kekadang tu, bila cinta balik sekolah, tido sampai lewat petang, ada jugak yang tertinggal, tapi, saya bertanggungjawab untuk memastikan anak-anak jugak tak tinggal solat, wahlal sekalipun saya tidak dapat solat, saya akan pura-pura solat kerana anak-anak saya dah terbiasa solat bersama.

Kasih akan faham, kalau saya tak boleh solat sama sama tapi cinta mungkin tak faham lagi sebab tulah saya kena pura-pura untuk bagi cinta tak tinggal solat.  Abang danish dah besar, lain lah, lagipun dah berkhatam. kenalah faham tanggungjawab bila dan makin dewasa.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ERRR SAYA TERBABAS LAGI


sejak saya berhijab ni memang saya gila nak tukar semua baju baju saya kat dalam almari, boleh dikatakan 100% pakaian saya kena tukar. emmm parah kalau cam gini kan, tapi saya kena tukar jugak sebab pakaian saya sebelum ni memang tak sesuai lagi dipakai.



bukan aje baju kerja, baju harian pun kena tukar, tapi nampak gayanya emmmm, suami saya kena tambah bilangan wardrobe sebab ada satu wardrobe yang diperlukan untuk tudung lak.................MAKKK, saya gila memborong tudung....WUHAAAAAAAAAAAA


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SHOPPING ADALAH SATU HOBI


Shopping adalah satu hobi yang patut di buang jauh-jauh sekrang ni.  Ni bukan hobi baru saya tapi hobi yang perlu dibuang sebab makin hari makin menjadi.  Hobi Shopping sebenarnya telah melekat di hati saya dan payah nak buang sejak dari zaman sekolah lagi.  Sejak dari sekolah rendah.  sebabnya, arwah ayah saya dan mak saya dah berpisah sejak saya darjah enam lagi, so bila gi shopping, ayah saya akan soh saya pilih sendiri, jadi saya dah biasa shopping barang sendiri sejak dari umur 12 tahun lagi.



Jadi hobi shopping tu melekat sampailah sekarang ni, umur saya pun dah mencecah 38 tahun dah hobby tu still x leh berubah bahkan bertambah teruk lagi.  Tapi apapun saya kena kurangkan hobi shopping ni sebab saya patut lebih banyak menabung untuk anak-anak saya.




walaupun saya berazam untuk berubah kurangkan shopping, tapi makin hari makin teruk.  so saya nak cubalah minggu depan untuk kurangkan SIKIT ajelah, part part shopping nih.


last shopping, adalah minggu lepas, so ni gambar terbaru saya shopping bersama kasih dan adik saya GG.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ASSALAMUALAIKUM



saya telah berhijrah memakai tudung sejak ayah saya meninggal dunia tanggal 19 Ogos 2013.  Sejak dari hari itu, saya terus memakai tudung dan InsyaAllah doakan saya agar dapat terus memakainya.  

Tapi sejak saya memakai tudung ni, husband dan anak-anak pulak yang sakit kepala kerana terpaksa menahan sabar kerana hampir setiap hari saya memborong tudung.  Alasannya....takkan nak pakai tudung yang sama aje kan.



Apapun, saya sendiri suka dan ikhlas memakai tudung, tiada paksaan dari sesiapa, semuanya datang dari keikhlasan dan rela hati sendiri.  Dan yang paling gembira bila saya memakai tudung adalah anak sulung saya iaitu Danish Rahimi kerana sejak dari dulu lagi, anak saya selalu bertanya,

Bila mama nak pakai tudung?????

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS