saya telah berhijrah memakai tudung sejak ayah saya meninggal dunia tanggal 19 Ogos 2013. Sejak dari hari itu, saya terus memakai tudung dan InsyaAllah doakan saya agar dapat terus memakainya.
Tapi sejak saya memakai tudung ni, husband dan anak-anak pulak yang sakit kepala kerana terpaksa menahan sabar kerana hampir setiap hari saya memborong tudung. Alasannya....takkan nak pakai tudung yang sama aje kan.
Apapun, saya sendiri suka dan ikhlas memakai tudung, tiada paksaan dari sesiapa, semuanya datang dari keikhlasan dan rela hati sendiri. Dan yang paling gembira bila saya memakai tudung adalah anak sulung saya iaitu Danish Rahimi kerana sejak dari dulu lagi, anak saya selalu bertanya,
Bila mama nak pakai tudung?????
0 comments:
Post a Comment